Hello, hari ni noh nak share pasal activiti hujung minggu dengan adik noh, Shikin. kitaorang dah plan lama gila nak gerak tadom hills ni tapi asyik tak jadi je sebab kan banyak benda nak settle dengan masing masing banyak assignment nak kena settle. so we decided cancel cancel sampai lah hari yang di nantikan tiba. hehe
Ahad tu bangun awal pagi sebab semangat gila nak gerak ke tadom hilss biasa lah asyik tengok orang update gambar story pasal tadom hills ni kan sampai tertarik sangat nak pergi tengok apa je yang ada at tadom hilss ni kan. so tempat yang dinamakan Tadom Hill ni terletak di Kampung Labohan Dagang, Banting Selangor. tempat ni dibina di kawasan yang agak pendalaman dan dikelilingi oleh ladang kelapa sawit. so masa nak carik tempat ni agak berliku sikit la tapi tak susah mana pun (follow je waze)
Perlu di ingatkan ye tempat ni kalau nak datang, kena waktu pagi. Jam 8.30 pagi orang dah ramai beratur dekat kaunter main entrance. So first come first served tau. Muatan masuk ke Tadom Hill untuk walk in, day pass adalah seramai 150 Orang. So kalau korang datang lewat sikit apa lagi public holiday kan mereput la tunggu orang lain habis berseronok bila diaorang nak keluar dari tempat tu baru boleh next person masuk. tu yang susah sikit la tempat yang main limit limit person ni. ni pulak senarai harga nak masuk dalam tu.
Normal Day Pass | Weekday (Mon – Fri) | Weekend (Sat – Sun) | Peak Season | Super Peak Season |
---|---|---|---|---|
Adult | RM 20 | RM 23 | RM 25 | RM 28 |
Child (Aged 3 – 12) | RM 15 | RM 18 | RM 20 | RM 22 |
atas pokok ni ada pondok untuk riadah. kalau duduk atas tu memang nampak satu tadom hilss, lawo weh |
cuma nak cakap lah kan tempat ni kecik je so setiap sudut tu memang ramai orang, nak tangkap gambar pun kena ikut turn. so we decide to bergambar tempat yang kurang orang nya. hahaha |
No comments:
Post a Comment