Wednesday, 5 April 2017

Kisah inspirasi "Pramugara"


Selepas aksi seorang pramugara Air Asia yang menari lincah dalam cabin menghiburkan dunia maya, muncul pula kisah lain namun masih melibatkan bidang kerjaya dalam syarikat penerbangan tersebut. 

Namun, kisah yang baru mendapatkan perhatian netizen ini mesej tersendiri dan iaitu tentang inspirasi dan usaha meraih impian dalam kerjaya. menerusi laman facebook, Calvin Tsen yang berasal dari bintulu, sabah berkongsi kisah bagaimana hidupnya bermula sebagai seorang pekerja di kedai perkakasan sebelum berjaya mengubah nasib sejak melayari kerjaya bersama air asia.

"2 tahun lalu, saya berjanji kepada diri sendiri bahawa saya akan menjadi seorang yang berjaya walaupun terpaksa menghadapi dengan pelbagai rintangan. saya ingin ucapkan terima kasih kepada mereka yang memandang rendah kepada saya, ianya menjadi motivasi kepada saya untuk mnjadi seorang yang bertanggung jawab," tulis Calvin.

"Dulu, saya bekerja di kedai perkakasan kereta dengan gaji rm800 sahaja dan kini saya mendapat gaji rm6000 hinggi rm7000. ini adalah usaha saya, saya akan terus bekerja keras dan tidak pernah berputus asa," kata Calvin. 

Bagaimanapun, impian Calvin tidak terhenti disitu kerana dalam masa 3 tahun, dia ingin menjadi juruterbang.

moralnya: berlapang dada lah dengan tiap penghinaan, jadikan lah sebuah penghinaan itu sebagai pembakar semangat anda untuk lebih berjaya. 


-noh-

No comments:

Post a Comment