Monday, 3 April 2017

Cara buat lasagna

noh nak congas dengan korang makanan kegemaran noh iaitu, Lasagna seafood😍

bahan bahan:
18 keping kulit lasagna
500gram keju (mozarella)

💗sos putih(bechamel sauce)
1/2 bici bawang holland(bawang biasa pun boleh)
500ml krim memasak
100ml susu
1 keping daun bay

💗spicy seafood filling
500gram makanan laut(assorted)
100gram cili kering
100gram bawang merah
50gram bawang putih
300gram cendawan
2sudu besar sos cili
2sudu besar sos tomato
1sudu teh garam
1sudu teh lada hitam


😇cara cara:
1. rendam kulit lasagna didalam air selama 30 minit.
2. untuk sos bechamel, layukan bawang holland dalam kuali dengan satu sudu teh minyak hingga naik bau. kemudian tuangkan krim masakan, susu dan daun bay. masak hingga sos pekat.
3. kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih. tumis campuran hingga naik minyak. tuangkan sos cili dan sos tomato dan masak hingga sempurna.
4. campurkan cendawan dan makanan laut ke dalam sos. letak garam dan lada hitam secukup rasa. 
5. sediakan bekas yang kecil dan lapiskan terlebih dahulu dengan sekeping kulit lasagna.
6. kemudian, lapiskan kulit lasagna itu dengan sos bechamel. seterusnya letakkan isi makanan laut selepas itu, tambahkan keju mozarella mengikut cita rasa.
7. ulang langkah 6 hingga hidangan penuh. setelah itu, bakar lasagna dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 180०c

-noh-

No comments:

Post a Comment