Tuesday, 2 May 2017

Tips muka flawless

Minum air yang ditambah ketulan ais memang menyegarkan tapi ramai yang tak tahu ia juga akan beri kesan yang sama malah banyak lagi jika disapu pada kulit wajah.

Selain memberi kesegaran ada pelbagai kelebihan ais untuk kecantikan wajah khususnya. Antara yang paling menarik  ia membantu anda mendapatkan kulit wajah yang flawless dan berseri kerana fungsi ais yang melancarkan perjalanan darah pada kulit bahagian ini.

Di samping teknik menyapu terus pada wajah anda juga boleh melakukan tiga langkah facial ais seperti berikut untuk merawat wajah.

1. Penuhkan mangkuk besar dengan air sejuk.
2. Tambah ketulan ais.
3. Pin rambut anda ke belakang kemudian rendam wajah dalam air ais ini selama 10-30 saat. Lakukan sebanyak tiga kali.


Berikut adalah 5 lagi kelebihan ais yang perlu anda manfaatkan.

1. Ia membantu mengecilkan pori-pori wajah sekali gus mengurangkan kotoran tersumbat yang menjadi penyebab jerawat. Ketulan ais juga akan membantu mengurangkan bengkak akibat jerawat dengan cara mengolesnya pada kulit yang bermasalah.

2. Kulit yang terbakar selepas percutian di pantai boleh diredakan dengan ais. Rawatan facial ais akan menenangkan kulit yang merah akibat sinar UV.

3. Amalan facial ais untuk melancarkan perjalanan darah pada kulit wajah juga mampu buat wajah lebih awet muda.
  
4. Mengoleskan ketul ais sebelum mekap akan membantu solekan tahan lebih lama jadi anda tak perlu selalu touch up.

5. Bagi anda yang selalu tidur lewat dan mengalami lingkaran hitam bawah mata oles ais pada bahagian ini untuk mengurangkan bengkak. Ia juga adalah rawatan paling singkat untuk menjadikan mata lebih segar.


-Teha-

No comments:

Post a Comment