Assalamualaikum and hi. So today noh nak share my short trip story dekat Port Dickson. Short vacation with my only bff Cik Anggun. Planning last minit to Lexis Hibicus Port Dickson. Tanpa pikir panjang plan hari ni besok pagi terus gerak. Pernah tak korang terfikir kenapa orang luar dari malaysia berminat nak holiday dekat malaysia sedangkan kita sibuk mencari tempat holiday menarik di luar negara.
Kami bertolak jam 7am dari Shah alam menuju ke Port Dickson. Jarak dari shah alam ke Port Dickson ialah sekitar 85,2km. Dan sebenarnya ni untuk pertama kali noh drive jauh dengan hanya bertemankan seorang teman setia cik anggun kita ni. hahaha, sado tak sado la kan. Demi Lexis Hibiscus sanggup ku redah.
ni first view sebelum sampai ke main entrance
and sorry tak sempat nak tangkap gambar lobby masa masuk tadi. sampai je terus park kereta laju laju nak check in. hahaha entah la mungkin sebab resort ni salah satu resort yang noh idam idam kan sejak dia launch kalau tak silap tahun 2015. nak dijadikan cerita kami amik satu malam je dekat sini sebab prices dia rm800 for one night include breakfast. Hotel ni ada dua jenis bilik iaitu Executive Pool Villa satu lagi Premium Pool Villa. hah dapat je excess card ke bilik kami pun mengalahkan monyet punyalah excited nak tengok bilik.
Sebelum masuk bilik kita tangkap gambar depan pintu. Dan untuk pengetahuan kamu semua, konsep yang menarik dekat lexis hibiscus ni adalah satu unit bilik yang besar yang mampu menampung dua katil yang bersaiz king serta kolam berenang peribadi dan bilik sauna peribadi. Yang seronok nya masa noh sampai hotel ni tengah ada event besar which is Lexis Hibiscus dengan bangganya tersenarai dalam rekod Guinness World Records untuk hotel yang paling banyak kolam renang dalam resort mereka. orang tua kata langkah kanan kiteorang hari tu.
maaf sebab terlampau excited masa tengok bilik ni. ini antara ruangan dan pemandangan yang ada dekat dalam bilik kami, cantik sangat weh. Bukan itu sahaja Tv LCD dengan wifi yang sangat kuat dan mini peti sejuk siap empat jenis air berkarbonat dan cookies, pemandangan yang tenang dan sangat privacy untuk mereka yang inginkan ketenangan.
Cantik kan view dari balkoni. bilik kami betul betul mengadap pemandangan laut. so tak sabar nak mandi kolam kejab lagi.
ni pemandangan senja dari tingkat atas lexis hibiscus resort sementara nak tunggu dinner.
hehe belanja sikit selfie muka bangun tidur. nak siap siap gerak breakfast
Akhir sekali ni gambar masa nak gerak check out. Cuma nak bagitau Satu malam memang tak cukup kalau nak habiskan activiti dekat resort ni. And mana yang nak tahu prices atau details lebih lanjut tentang tempat ni. boleh tengok kat bawah. TQ
LEXIS HIBISCUS
12th Mile, Jalan Pantai,
Pasir Panjang 71250,
Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia.
-NOH-